Maahad Tahfiz Ummul Qura yang terletak di Sabak Bernam,Selangor keadaan agak terhad sedikit untuk pelajar belajar,kadang-kadang ada yang terpaksa berkongsi kelas .Melihat keadaan ini,Pihak sekolah sedang berusaha membaik pulih dan mendirikan bangunan baru dan di dalam proses pembinaan.Walaupun ada yuran bulanan dari pelajar..Tetapi dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang tinggi ini,kami terpaksa memfokus kan dulu kepada minum makan pelajar dan gaji guru lagi-lagi bulan Ramadhan tidak lama lagi bakal tiba...
• Bajet makanan terpaksa dihadkan cuma RM5-10 sehari untuk setiap para pelajar
Dengan kedatangan Ramadhan akan datang serta kenaikan harga barang di negara kita. kami di madrasah ini juga menerima kesan secara tak langsung apabila ada antara pelajar kami yang kami taja kerana tidak berkemampuan dan dari Anak Yatim dan Asnaf,Bulan Ramadhan yang bakal tiba kami kalau boleh tidak mahu culas dari segi menyediakan makanan utk sahur dan berbuka untuk mereka.Keadaan sekarang ini bebetul memberi kesan kepada kami.Dalam 80 org pelajar ini ada juga dari mereka yang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Pada masa ini, kami menampung seramai 80 orang pelajar, termasuk pelajar Lelaki dan Perempuan diiringi oleh 8 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.
Walaupun ada beberapa pelajar yg tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa dihentikan pembelajarannya. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Ummul Qura agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :
Bantu Mereka Menjadi Pelajar Hafiz Hafizah Quran Yang Berjaya !!
INFAQ – RM100
INFAQ – RM50
INFAQ – RM30
INFAQ – RM20
ATAU BOLEH JUGA INFAK TAJAAN MAKAN MINUM MEREKA
TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA
AGRO BANK
100558 100003 7575
Maahad Tahfiz Ummul Qura | Kampung Tebuk Mufrad,45100,Sungai Ayer Tawar,Sabak Bernam Selangor | 0176393536 Ustaz Farid (Pengetua)
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60176393536 (Ustaz Farid Pengetua)