SEMOGA SUMBANGAN ANDA KALI INI DAPAT MEMBANTU KAMI BAGI KEPERLUAN MAKANAN, MINUMAN DAN PEMBELAJARAN 130 ORANG PELAJAR TERMASUK  ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF  DI MADRASAH UMMUL QURA 


 “ Kos keseluruhan operasi sebulan ialah RM80,000 termasuk makan dan minum pelajar, gaji tenaga pengajar, utiliti dan lain-lain .”

 



KEKANGAN WANG UNTUK MENYEDIAKAN MAKAN DAN MINUM PELAJAR AKIBAT PELAJAR YANG TIDAK MAMPU UNTUK MEMBAYAR YURAN. KOS BARANGAN YANG SEMAKIN MENINGKAT SERTA PERTAMBAHAN PELAJAR ANAK YATIM & ASNAF


 KEPERLUAN SIMPANAN MAKANAN KAMI SEKARANG BERKURANGAN


Alhamdulillah, kalau dilihat anak-anak atau adik-adik kecil kita sepatutnya mereka masih lagi perlu  mendapatkan keperluan asasi dan pendidikan yang sepatutnya  untuk menjamin masa hadapan mereka. Sayangnya, bukan semua anak-anak mendapat peluang yang sama. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak lagi mempunyai ibubapa? Ataupun bagi yang datang daripada keluarga asnaf?

Atas dasar ukhuwah Islamiyah, marilah kita bantu anak-anak tahfiz di Madrasah Ummul Qura untuk mendapatkan keperluan pendidikan yang sepatutnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:


“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal saja, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang saleh yang berdoa untuknya.” 

(HR. Ahmad)


Pada masa ini, Madrasah Tahfiz Ummul Qura,Sabak Bernam,Selangor menampung seramai 130 orang pelajar, diiringi oleh 8 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! 


Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka.  Ditambah pula dengan kos operasi yang mencecah RM80,000 sebulan . Dalam 130 orang pelajar, hanya 30% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.


Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa dihentikan pembelajarannya. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.


Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Ummul Qura Sabak Bernam agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.


BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.





Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.


Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang. 



SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?


Kos keseluruhan operasi sebulan ialah  (RM80,000)  termasuk makan dan minum pelajar, gaji tenaga pengajar, utiliti dan lain-lain


BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

Bantu Mereka Menjadi Tahfiz Quran Yang Berjaya !!

TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150

TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75

TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30

TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.


MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA

AGRO BANK

100558 100003 7575

Maahad Tahfiz Ummul Qura | Kampung Tebuk Mufrad,45100,Sungai Ayer Tawar,Sabak Bernam Selangor | 0176393536 Ustaz Farid (Pengetua)

Disclaimer:

Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti kami yang lain seperti Pembinaan Pembangunan/kos Operasi Madrasah dan lain-lain



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja Untuk 10 x Pelajar Makan Minum (RM150)
Taja Untuk 5 x Pelajar Makan Minum (RM75)
Taja Untuk 2 x Pelajar Makan Minum (RM30)
Taja Untuk 1 x Pelajar Makan Minum (RM15)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN