WAKAF BAIK PULIH BANGUNAN MADRASAH UMMUL QURA DEMI KESELAMATAN & KESELESAAN PELAJAR 



KEADAAN TANDAS MENGALAMI KEBOCORAN YANG KERAP 


Maahad Tahfiz Ummul Qura' kini sudah berusia lebih daripada 25 tahun. Banyak kerosakkan serta pagar dan tembok maahad yang sudah runtuh tidak dapat disiapkan kerana ketiadaan dana.Untuk itu, kempen ini dibuat bagi mendapatkan dana bagi membaiki dan pembangunan termasuklah :


Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

- Baik Pulih Tandas Sekolah
Pembinaan Longkang di sekeliling Maahad
- Pembinaan Saluran Air Hujan
- Penukaran Bumbung Lama kepada Bumbung Baru
Membaik Pulih Kuarters Guru
Membaik Pulih Tandas Asrama Pelajar
Membaik Pulih Pendawaian Elektrik


Kami memerlukan dana untuk baik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Ummul Qura. Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan berfasa : 


Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.




Pada masa ini, Maahad Tahfiz Ummul Qura,Sabak Bernam Selangor menampung seramai 120 orang pelajar, diiringi oleh 8 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Mashallah


Jika tuan puan perhatikan, ruang pembelajaran untuk para pelajar di sini tidaklah begitu kondusif dengan ruangan yang agak sempit. Tambahan pula kami akan menampung lebih banyak pelajar pada masa akan datang.

Keadaan ekonomi yang tidak stabil sangat memberi kesan kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di Mahad Tahfiz Ummul Qura yang turut terkena tempias dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Dengan berlakunya masalah ini telah membuatkan kami dalam keadaan dilema samada ingin menaikkan harga yuran pelajar. Hal ini kerana, ada diantara pelajar dari kalangan tidak berkemampuan & asnaf kami taja sepenuhnya dengan harapan dapat melihat mereka turut berjaya menggapai impian untuk menjadi tahfiz Al Quran yang berjaya. Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2024). Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini.



Kami ingin membuka peluang Waqaf/Infaq pada semua dermawan yg budiman yg sudi membantu Anak2 syurga disini


BAGAIMANA TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU ?



Mudah saja caranya;

  1. Pilih pakej sumbangan yang anda mahu
  2.  Klik pada pakej 
  3. Anda akan dibawa terus ke 'payment gateway' untuk sumbangan secara online banking


atau menyumbang secara manual kE (BANK IN)


Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :

WAKAF X 2 LOT - RM100

WAKAF X 1 LOT - RM50

WAKAF/INFAQ - RM20

Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.  



MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA

AGRO BANK

100558 100003 7575

Maahad Tahfiz Ummul Qura | Kampung Tebuk Mufrad,45100,Sungai Ayer Tawar,Sabak Bernam Selangor | 0176393536 Ustaz Farid (Pengetua)


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60176393536 (Ustaz Farid Pengetua)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF/INFAQ/SADAQAH - RM100
WAKAF/INFAQ/SADAQAH - RM50
WAKAF/INFAQ/SADAQAH - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN